Aku Nak Bernikah

Aku nak bernikah, kau pun nak bernikah, semua orang nak bernikah, tapi terlalu banyak isu yang senang dimanipulasi orang dalam munakahat.

Hadiah kenduri kahwin 27/12/2010

Filed under: Nikah kahwin,Tips dan petua — akunaknikah @ 18:51

Salam sejahtera

.

Di musim2 cuti sekolah ni, banyak betul kenduri kahwin untuk dihadiri. Setiap kali menghadiri jemputan, para kawan2 baik si pengantin sudah tentu akan sedikit sebanyak pening kepala akan hadiah yang nak diberikan. Ciri2 hadiah yang dikehendaki biasanya ialah:

  • Berbaloi dengan kos
  • Bermakna
  • Berguna
  • Unik (tak sama dengan orang2 lain)
  • Mengingatkan penerima akan si pemberi

.

Ini menyebabkan si sahabat pening kepala setiap kali menerima berita gembira akan perkahwinan sang sahabat. Dia tidak mahu serupa orang2 lain yang dengan mudah bagi satu set jag dan gelas sahaja. Jadi saya mahu berkongsi beberapa idea berkaitan pilihan hadiah yang boleh kita sampaikan kepada kawan kita.

.

Barangan Dapur

.

Ini adalah pilihan pertama yang biasanya akan muncul di benak fikiran kita. Ini kerana, barangan ini adalah paling ideal untuk digunakan si mempelai yang baru memulakan kehidupan baru dengan pasangan kekasih hati. Ia memang berfaedah, berguna, dan sangat bermakna. Antara pilihan yang ada ialah:

  • Set jag dan gelas
  • Set teko dan cawan
  • Set senduk2 berjenama
  • Set periuk sederhana berjenama
  • Set pinggan
  • Bekas rempah ratus
  • Bekas gula, garam, pepper
  • Set holder seperti mug holder, spoon and fork holder

.

Barangan dapur turut terdiri daripada rangkaian beberapa barangan elektrik seperti:

  • Flask elektrik (pemanas air)
  • Pembakar roti
  • Dapur elektrik saiz kecil (untuk satu kuali/periuk pada satu2 masa)
  • Periuk nasi saiz sederhana
  • Sandwich maker
  • Mixer (untuk buat kek)
  • Cerek elektrik
  • Mesin pengisar (blender)
  • Set tupperware

.

Mungkin ada beberapa lagi yang boleh dimasukkan dalam senarai, kalau anda ada idea, dialu2kan bubuh je dalam komen kat bawah.

.

Kelengkapan Rumah

.

Menghadiahkan barangan kelengkapan rumah juga merupakan suatu idea yang bernas. Si pasangan tentu gembira dengan hadiah2 bermakna pemberian anda menghiasi rumah baru mereka. Antaranya:

  • Jam dinding berjenama
  • Jam loceng berjenama
  • Jam radio elektrik
  • Vakum tilam (kecil dan mudah dibawa)
  • Cermin
  • Kipas meja
  • Penyembur penyegar udara elektronik
  • Cadar (pastikan saiz double/queen)
  • Digital photo frame
  • Bingkai gambar
  • Album gambar
  • Rak dvd
  • Seterika
  • Mangkuk potpourri
  • Towel hose kayu berkualiti
  • CD lagu2 romantis/love song – lebih bermakna jika anda buat koleksi lagu2 tersebut sendiri
  • Sejadah
  • Sandal bilik tidur 2 pasang
  • Bath suit 2 pasang
  • Memory card
  • USB flash drive
  • Lilin romantik – bersaiz besar dan mungkin beraroma menarik

.

…dan macam2 lagi. Bolehlah anda tambah2 lagi dalam komen ye.

.

Barangan Peribadi

.

Ini juga amat bermakna buat si pasangan dan mungkin boleh juga menghangatkan lagi hubungan antara mereka berdua.

.

Buat sang raja:

  • Pencukur elektrik
  • Buku kamasutra
  • Buku tips2 percintaan dan perkahwinan dalam Islam
  • Alquran
  • Jam tangan untuk couple
  • Perfume
  • Bag
  • Tali leher
  • Aksesori lelaki – beg duit, tali pinggang, tie pin, cuff link
  • Sex toys – untuk digunakan suami kepada isteri
  • Barangan2 peribadi – anda tentu lebih mengenali minat rakan anda bukan?

.

Untuk permaisuri:

  • Beberapa barangan yang sudah disebut di atas
  • Sexy lingerie
  • Pengering rambut
  • Novel
  • Barang kemas
  • Bunga segar
  • Bekas simpanan barang kemas
  • Brooch
  • Barang2 peribadi kegemarannya yang lain – anda tentu mengenalinya bukan?

.

Seperti biasa, jika anda ada idea lain, sangat dialu2kan tulis di dalam ruang komen.

.

Lain-lain

.

Ini adalah senarai barang yang saya taktau nak ketegorikan sebagai apa:

  • Gift card – pasangan pasti gembira jika anda ‘membayar’ perbelanjaan mereka awal2 di shopping mall kegemaran mereka.
  • Vaucer/kupon percutian
  • Vaucer/kupon diskaun
  • Kad prabayar

.

Itulah sedikit sebanyak idea yang saya boleh kongsikan. Semoga berguna!

.

Salam hormat.

 

Orang couple=orang desperate 07/07/2010

Filed under: Nikah kahwin — akunaknikah @ 01:34

Salam hormat,

.

Harini nak guna gaya bahasa santai sikitlah. Tadi tengah syok2 layan orang gaduh2 dalam youthsays, tetiba ternampak satu post “Is it really important for you to get boyfriend/girlfriend at this age?”

.

Untuk pengetahuan korang (in fact ramai je pembaca dari youthsays aku rasa), youthsays ni, yang umur antara 18-35 je boleh join. Dan ikut pemerhatian aku, yang aktif dalam tu, mostly umur 18-25 la kot. So aku rasa, soalan tu sangat relevan untuk budak2 dalam lingkungan umur ni.

=====

Couple Definition

.

Aku taknak la define perkataan couple ni dari kamus dewan ke, merriam webster ke, sebab korang pun boleh cari sendiri. Tapi aku nk define mengikut cara masyarakat kita pandang konsep couple melalui point of view aku sendiri.

.

Bagi orang kita, mostly student sekolah menengah, dan universiti, couple ni dipandang sebagai sesuatu yang suci, cinta sejati, ikhlas, tulus, mulus, dan seolah2 couple lah segala2nya. Untuk berada di top of the world, couple lah jawapannya. Untuk melengkapkan hidup, couple lah penyelesaiannya.  Kalau tak tenang, couple lah ubatnya. Kalau tak happy, couple lah ubatnya. Kalau nak teman, couple lah jalan keluarnya. Tapi…adakah dalam kebanyakan kes…kalau nak kahwin, couple yang dibuatnya???

.

Jadi aku nak cakap couple ialah pemuas nafsu.

.

“Eh mane ade, kitorang tak pergi beromen pun. Awek aku suci lagi, dara lagi”

“Uish, hang jaga mulut hang sikit, aku tak pernah sentuh pun awek aku”

“Amboi2, suka kau je cakap aku nk puaskan nafsu. Aku memang betul2 sayangkan dia tau tak. Aku memang betul2 cintakan dia”

.

Eh, ade ke aku cakap cinta tu salah? Ada ke aku cakap puaskan nafsu tu kena romen je? Ni lah tanggapan kita sekarang. Bila sound couple, dikatanya mempertikai cinta nan suci (nak muntah aku). Bila sebut je pasal nafsu, hubungan kelamin je yang kita nampak. Tapi ramai tak perasan sebenarnya, yang mendorong kita untuk memulakan suatu hubungan yang ‘rapat’ dan ‘istimewa’ dengan seorang dari lawan jantina (aku bercakap dalam konteks orientasi seksual yang normal) adalah kehendak nafsu.

=====

Nafsu

.

Apakah nafsu? Nafsu ialah kehendak yang mendorong kita kepada sesuatu.

.

Nafsu makan, so kita pakai smart2, start motor, beli nasi bungkus, taruk lauk banyak2, makan dengan berselera.

.

Nafsu marah. Kita genggam penumbuk. Kita jerit tengking maki. Pastu kita bubuh penumbuk sedas.

.

Nafsu belajar. Kita terasa bodoh. Maka kita pergi sekolah. Buat study group. Buat homework. Tanya cikgu dalam kelas.

.

Itulah nafsu. Nafsu ni tak jahat, dan tak baik. Dia mendorong kita nak buat semua benda yang kita buat hari ni. Hatta nak menulis dalam blog ni pun aku memerlukan nafsu. Bahasa Arab dia panggil syahwat. Dan yang jahat sebenarnya ialah ‘hawa’ yang kita panggil hawa nafsu tu. Kalau tengok dalam quran, bila sebut hawa, mesti dikaitkan dengan perkara keji, jahat, yang dibenci (bukan Hawa isteri nabi Adam a.s tu tau!) Kita ni salah define, nafsu ke, syahwat ke, sume kita bantai untuk seks je.

.

So, dalam konteks couple, hawa telah mendorong kita untuk mendekati golongan lawan jantina. Tapi the end point nya, ialah seks. Itulah nafsu yang paling besar yang paling banyak sekali terdapat dalam diri kita semua. Boleh kata, setiap benda kita buat, ialah sebab nak mendapatkan perhatian lawan jantina, betul tak? Pakai smart2, nak suruh diorang tengok kita hensem/cantik. Main sports, supaya nampak cool oleh si dia. Kita berjalan dengan penuh gaya, supaya ‘orang tu’ tertawan dan nampak kita je di kalangan kawan2.

.

Dan dalam perjalanan ke arah seks itu, takde lah terus satu couple ni jumpa, “Hai, nak ber’seks’ dengan saya?”. Tapi, mula2 kenal dulu, kawan, hubungan rapat/istimewa (so called couple), pastu end up ada 3; 1) kahwin..alhamdulillah. 2) Kena tinggal…padan muka. 3) Kena rogol…inilah end point kalau yang bukan kahwin. Tu takyah cite lah apa yang berlaku mase tengah couple kan. Kena pegang taklyah cita lah. Kalau naik motor, kena peluk. Kes2 kena raba, tapi tak dilaporkan, sure banyak punya. Kes hubungan seks suka sama suka / zina, berlambak2. Kes rogol pun, paling tinggi statistik ialah dirogol orang yang dikenali. So semua proses yang terlibat ni, adalah nafsu la kan?

.

Jadi sekarang, mane perginya cinta nan suci hang punya tu? Mana hilangnya “saya sayang awak”, “I love you” selama ni? Eh…nanti dulu…pernah ke perkara tu wujud kalau hubungan terbina kerana nafsu semata2? Entah…masing2 tau jawapannya.

.

Takde pun cinta ikhlas nya, tak pernah wujud pun kasih suci nya, yang ada cuma dorongan nafsu je. Sebab tu semua budak2 sekolah kanak2 universiti sekarang nampak ‘desperate’ sangat nakkan couple. Padahal, sejauh mana keperluannya? Kalau diberi skala, dari 1-100 (100 maknanya kalau takde couple, maka akan mati)…maybe rata2 budak2 sekolah dan kanak2 universiti ni akan bagi 80 ke atas. Bila ditanya kenapa perlu sangat? Aku yakin 99% takkan dapat jawab dan takkan dapat bagi alasan kenapa perlunya sangat couple2 ni.

=====

Solution

.

Cakap berdegar2 tak guna kalau takde penyelesaian. Masalah utama tadi, dorongan nafsu kan? Nafsu ni, bak kata ustaz Ismail Kamus, dilawan jangan, dilayan pun jangan. Just get along, buat tak tau je. Tapi itu bukan penyelesai segalanya. Islam dah ajar lama dah. Apa dia? Anda tentu tau…KAHWIN!

.

Kalau dah hangpa sungguh2 sayang, hangpa sungguh2 kasih, sungguh2 ikhlas…maka hangpa takkan ragu2 untuk mengatakan tidak kepada perkahwinan. Niat dan set target nak kahwin dulu 1st. Bila dah ada target, masalah duit, keluarga, kerja, semua comes 2nd, 3rd, 4th dan seterusnya. Bukan nak kata yang lain tu takda masalah, tapi insyaAllah semuanya akan selesai berdasarkan target dan tujuan melangsungkan perkahwinan.

.

Harap bermanfaat.

Salam Hormat

 

Nak kahwin ke nak bodohkan orang? 03/07/2010

Filed under: Nikah kahwin — akunaknikah @ 15:51

Salam bahagia.

.

Zaman sekarang, seolah2 dah jadi satu trend, bila nak kahwin je, segala benda perlu dibuat mengikut aturan dan seolah2 ada pakej yang tertentu yang kalau tak diikut dan dipatuhi, maka cacat dan songsanglah sebuah perkahwinan. Hal ini lebih ketara dalam mengadakan dan mengatur majlis perkahwinan.

.

Segalanya bermula dari pemilihan calon sendiri sampailah ke hari majlis perkahwinan dilangsungkan dan sesetengahnya berlanjutan sehingga masa berbulan madu hatta sehingga menimang cahaya mata!

.

Apa benda yang masalah sangat ni?

.

Masalahnya ialah antara rukun agama bagi pernikahan yang dicemari tambahan2 perisa lain!

—–

Adat Itu Bersendikan Syari’at

.

Antara kelebihan negara tercinta kita Malaysia ialah kekayaan adat dan budaya yang unik dan patut dipertahankan turun temurun. Adat dan budaya ini melambangkan identiti. Datangnya Islam tidaklah mahu menghapuskan budaya2 dan resam2 yang unik ini, tetapi adalah sebagai pemudah cara bagi manusia sejagat. Yang menjadi barahnya ialah, apabila rakyat kita sendiri memegang kepada adat itu sehingga mengalahkan syariat!

.

Banyak perkara berkaitan perkahwinan di Malaysia pada hari ini masih dipengaruhi adat dan budaya setempat. Ini termasuklah pemilihan calon, penetapan hantaran dan mahar, perjalanan majlis kenduri, ketibaan pengantin, pemakaian pengantin, persandingan…dan berlanjutan sampai mati.

.

Even kalau tengok dalam drama2 Melayu pun, hal2 macam ni kadang2 dijadikan isu utama dan selalunya dijadikan bahan komedi pun ada juga. Saya tegaskan sekali lagi, saya tidak menyalahkan adat dan budaya. Tapi apabila sesuatu adat dan budaya itu disama tarafkan dengan tuntutan agama, inilah yang menjadi BARAH!

.

Saya bagi contoh mudah, mahar. Di zaman Rasulullah, apa2 sahaja yang bernilai boleh dijadikan mahar, hatta baju besi atau senaskhah Al-Quran pun boleh. Di zaman kita…alhamdulillah tiap2 negeri dah tetapkan dengan kadar bayaran yang saya rasa semua pihak pun mampulah. Kalau tak mampu tu, maknanya memang tak mampu lah nak kahwin. Tapi apa yang problem? Pakat2 dok bubuh dulang hantaran. Hantaran ni bagus, hadiah, penyeri majlis, nampak pun seronok kan. Tapi menjadi masalah apabila seseorang tu tak mampu nak sediakan hantaran2 yang gah gah, yang hebat hebat, tapi demi memenuhi ‘tuntutan buah mulut masyarakat’, samada terpaksa berhutang atau terpaksa menangguhkan perkahwinan. Bila berhutang, masalah timbul bila nak bayar hutang. Bila tak jadi kahwin, meningkatlah gejala sosial.

.

Itu tak kira tol nak naik rumah pengantin perempuan, upacara ‘pengesahan hantaran’ (kalau pakcik makcik tak suka hantaran tu, kena reject), bayaran2 persandingan, pelamin, baju pengantin, pilih calon…semua mesti mengikut garis panduan adat lebih dari yang Islam tetapkan lagi. Apa semua ni? Nak bagi kahwin ke, nak bodohkan orang je? Lepas tu, bila orang tak mampu nak memenuhi tuntutan gila masyarakat ni, terpaksa membatalkan niat suci, dan beralih kepada niat yang paling jijik…paling mudah disebut ZINA!

.

Saya rasa, kalau nak dibawakan contoh, pembaca2 pun tentu dah ada contoh2 masing2, memang sangat banyak adunan adat dan budaya yang ‘takut’ untuk tidak diamalkan kerana takut ‘tidak sah’ sesebuah perkahwinan, sedangkan Islam tak pernah menuntut amalan sedemikian sebagai penyempurna ikatan hati tersebut.

.

Nampak kan? Benda yang Islam dah sedia senangkan, kita pergi ambil dan susahkan dengan adat budaya sendiri, lepas tu timbul masalah lain. Tapi kita masih buta dan buat2 tak nampak apa punca masalah2 gejala sosial hari ini.

.

Semoga bermanfaat.

.

Salam Hormat

 

Akad nikah – suatu kalimah ajaib 26/06/2010

Filed under: Nikah kahwin — akunaknikah @ 02:15

Salam Hormat

.

Hari ni takdelah nak cakap banyak sangat. Cuma nak tekankan suatu point yang sangat penting dalam template surat nikah yang ada dalam entri sebelum ni.

.

Sejak kebelakangan ni, banyak didapati dalam laman sosial terkenal, facebook, para balak2 dan awek2, para pasangan2 bajet sweet, para couple2 yang bajet hot meluahkan kata2 yang konon2 romantis bagi membuktikan cinta dan kasih yang konon2 suci dan tulus kepada pasangan masing2. Tidak kurang juga kes2 yang terpaksa mengemop lantai dan menyembur pewangi dalam bilik untuk menghilangkan bau busuk muntah mereka yang tersembur tanpa dapat dikawal selepas terbaca message2 sedemikian yang dipos dengan bangganya di wall masing2.

.

“The 1st thing that would curve up a smile on my face every morning & brightens up my day is his SWEET MORNING Messages~ The thing that would help ease my mind after a long tiring day is to hear his sweet calming voice~”

.

Ni salah satu contoh yang aku dapat lah. Yang sebelum2 ni tak sempat nak copy, pasal tak terfikir benda ni akan jadi macam satu wabak pulak.

.

Bukanlah aku nak memperlekehkan cinta tu per se. Cinta merupakan suatu makhluk ciptaan Allah yang sangat suci. Tanpa cinta, huru hara la dunia. Tanpa cinta, kebencian berleluasa. Tanpa cinta, tidak sampailah nikmat iman dan islam kat kita. Begitulah betapa pentingnya cinta. Sedangkan dalam quran pun, setiap kali mula surah (kecuali At-Taubah) pun Allah akan mulakan dengan sifatnya yang pengasih. Demikian betapa tinggi dan mulianya kasih dan cinta.

—–

Kita Orang Bodoh

.

Kita suka cakap bodoh macam lembu, sedangkan lembu tu lah yang paling banyak jadi santapan kita terutama masa musim raya haji. Kenapa kita suka cakap lembu yang bodoh? Bukankah kalau masa kita tengah bawak kereta, pastu ada ayam nak lintas jalan, bila dah dekat2 abis je lintas jalan, ayam tu pi patah balik tempat asal..bukankah ayam lebih bodoh dari lembu?

.

Tapi point aku bukan nak katakan ayam lebih bodoh dari lembu, tapi nak katakan kita suka kata binatang bodoh sebab takdak akal. Tapi bukankah ultimate bodoh ialah sesuatu yang ada akal, tapi buat2 macam takdak akal? Dalam erti kata lain, bodoh yang paling super, ialah bila dah tau dia pandai, tapi still nak jadi bodoh. Tak ke bodoh tu?

.

Kenapa aku cakap camtu? Sebab kita semua bukan tak tau bezakan cinta dan nafsu kan? Nak cerita panjang pun tak guna, dah jadi taboo bila bercakap soal ni. Dah jadi sesuatu yang sangat cliche dan tak memberi kesan langsung walau berkali2 kita diingatkan banyak perkara2 yang sedang ‘dinikmati’ pasangan2 kekasih yang konon2nya sedang merasai kehebatan dan kehangatan cinta nan suci, sebenarnya sedang melampiaskan nafsu masing2 saja.

.

Yelah bukan tak mau cakap, tapi bila cakap pun, diputar belit sampai lah dikatakan apa yang dibuat tu betul, itulah yang sejajar dengan keikhlasan dan ketulusan cinta, itulah yang dipanggil kasih sejati, itulah sebenarnya cinta abadi, walhal itulah tipuan syaitan yang menguasai hati-hati yang bodoh, yang mabuk dengan nafsu, sampai maksiat yang busuk dan jijik pun dikatakan wangi dan mulia.

—–

Akad Nikah Itu Magis

.

Semua perlakuan jijik dan sumbang itu, bukanlah salah. Kenapa tak salah? Kerana itu fitrah. Eh? Tadi kata bodoh sangat?

.

Memang bodoh pun.

.

Apa ni, cakap betul2 lah!

.

Ya, semua tu tak salah, dan pelaku2 maksiat tu semuanya bodoh. Perlakuan2 itu sememangnya salah satu bukti kecintaan dan kasih seseorang kepada pasangannya. Islam itu adil. Diberinya suatu nikmat, didatangkannya dengan tanggungjawab, dan diberikan tatacara dan panduan yang betul.

.

Semua perlakuan maksiat tu tak salah….HANYA JIKA disertai dengan lafaz akad nikah yang sah. Nah, magik bukan?

.

Lafaz nikah itu secara sekelip mata menghalalkan terlalu banyak perkara yang haram, kepada halal. Hanya dengan satu lafaz. YA, satu lafaz sahaja!

.

Tetapi adakah ia hanya suatu lafaz kosong?

.

Tidak. Ia adalah suatu lafaz penerimaan dan pengakuan dengan tanggungjawab dan komitmen yang akan dipikul dan dibawa oleh pasangan tersebut. Biasalah, takkan nak nikmat aje, kena la ada payback semula. Macam beli kereta, takkan nak beli kereta dan enjoy the ride saja, tapi taknak isi minyak, taknak maintain kereta.

.

Samalah macam berpasangan. Banyak pasangan2 muda yang bodoh sekarang, hanya inginkan nikmat, tapi tidak mahukan tanggungjawab. Sebab tak faham yang ni lah, mereka cuma mahu ‘buktikan’ cinta mereka, tetapi tidak di buktikan dengan sebenar2 bukti yang peling penting…AKAD NIKAH!

.

Salam bahagia.

 

Template surat mintak kahwin, 99% dijamin berkesan! 22/06/2010

Filed under: Nikah kahwin — akunaknikah @ 19:20

Assalamualaikum

.

Dalam entri ni, saya nak kongsi satu template surat untuk mintak kahwin. Surat ni adalah khusus bagi mereka yang nak kahwin, tapi berhadapan masalah keizinan ibu bapa. Template ni diinspirasikan oleh surat bertajuk “Surat Ajib yang nak kahwin”. Cara ia ditulis tu anda boleh ubah ikut kesesuaian anda, tapi susunan dan isi-isinya mengandungi point2 penting dan menarik, ibu bapa anda pasti cair dengan surat ini.

.

Anda dipersilakan, dialu-alukan, dan digalakkan untuk mengcopy & paste di blog anda, berkongsi, mengemail, menyebarkan template surat ini sebanyak mana yang anda mahu DENGAN SYARAT anda menyertakan link page ini sebagai pernyataan sumber dan credit kepada saya.

.

Jom kita baca surat ni:

.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…


Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

.

Apa khabar dengan keluarga di [sebutkan kampung anda]? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

.

Saya [digalakkan supaya anda meletakkan nama manja atau panggilan anda supaya pembaca surat merasa lebih rapat dengan penulisnya] pun tak berapa jelas mengapa saya nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar saya tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, saya selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang saya tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

.

Dipendekkan cerita, saya sebenarnya berhajat meminta redha dan restu dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila saya cakap macam ni. Mak ayah jangan risau, itu sememangnya reaksi normal yang saya jangkakan. Tapi saya minta mak dan ayah habiskan dulu surat ini sebelum mengoyaknya, atau membakarnya, atau musnahkannya.

.

Sebenarnya saya bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Saya nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, saya akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

.

Kadang-kala, saya rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

.

Saya bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi saya nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Saya bukan katakan mak dan ayah tak faham konsep nikah ni, cuma saya nak buktikan yang saya juga dah faham konsep nikah menurut Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

.

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

.

Di universiti saya, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

.

Mengenai calon, saya takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi saya green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Saya lebih suka calon tu saya yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk saya.

.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak saya akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang saya nikahi nanti. Seperti yang saya katakan awal-awal tadi, saya nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh  belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka saya akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah.

 

Masalah duit sering menjadi persoalan utama dalam hal nikah kahwin. Sapa tau ni rezeki anda kalau anda klik?

.

Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau saya telefon dia, saya dapat pahala, saya rindu kat dia, saya dapat pahala, saya bagi hadiah kat dia, saya dapat pahala malahan kalau saya keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, saya nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup nak melihat saya terus bergelumang dengan dosa dan masuk neraka atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

.

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan saya masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka saya akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib saya bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka saya akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (perlu dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum saya nak nikah, saya akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri saya. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak saya tangguh dulu. Apa-apa pun, saya tegaskan sekali lagi, saya nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

.

Saya tengok semua abang saya nikah awal dalam umur 22 tahun. Saya cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu saya tua nanti, saya tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak saya nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Saya juga harap, anak-anak saya nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Saya tak nak terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

.

Sebenarnya saya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan saya dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Pak Lang, sebab saya tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu saya ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Saya nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi saya, kalau saya membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab saya pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja saya membicarakan hal nikah ni ketika mana saya baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, saya dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat saya ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang saya katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

.

Kalau boleh jgn bagitau [sebutkan beberapa adik beradik anda], mungkin mereka tak setuju dengan keputusan saya ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, saya akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

.

Akhirul kalam, saya doakan Allah sentiasa mengurniakan mak ayah kesihatan berpanjangan dan keinginan untuk tidak melihat anakanda ni bergelumang dosa. Doakan saya di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di [kampung anda].

.

Yang merinduimu,

[nama anda]

.

Begitulah antara isi kandungan suratnya. Kelebihan menghantar surat ni, kita dapat nyatakan hujah dan alasan kita dengan lebih sistematik tanpta tertinggal mana2 poin, dan juga pembaca tak dapat memotong cakap kita sehingga kita hilang isi penting.

.

Apa pun, semoga ia menjadi panduan berguna bagi para pembaca yang bermasalah untuk meluahkan hasrat hati kepada orang tua tercinta di kampung. Semoga Allah membuka hati ibu bapa kalian untuk kita teruskan tangga amal kita dalam usaha mengelakkan maksiat dan fitnah berleluasa.

.

Salam bahagia

 

Bilakah duit datang kepada kita secara automatik? 21/06/2010

Filed under: Nikah kahwin — akunaknikah @ 22:05

Assalamualaikum

Jadi siapa tau jawapan untuk soalan kat atas? Siapa tau kontek aku dalam 1 minit. Ada hadiah misteri menanti.

.

.

.

.

.

“TEEEETTTTT!!!!!!!!” Masa dah tamat! Hahaha…

Ok, tak nak buang masa. Jawapannya…ialah…TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN SAMPAI BILA-BILA!

Kenapa?

Sebab kita kena usaha dulu kemudian barulah Allah bagi rezeki!

—–

Jalan mudah vs jalan susah

Masyarakat kita, sangat suka konsep 4D. Apa tu?

Duduk Diam Dapat Duit

.

Yang ni satu hal. Lagi satu hal, yang ni tak ramai la suka, tapi still ade orang buat..iaitu duit haram. Kenapa nak dapat duit haram? Sebab, biasanya duit haram ni:

-          Mudah nak dapat

-          Sekali dapat banyak juta-juta

.

Macam mana nak dapat duit haram? Uishh..banyak caranya…

-          Tipu orang

-          Tolong orang tipu orang

-          Buat skim cepat kaya

-          Curi, rompak

-          Mungkir janji

-          Tipu maklumat produk jualan, yang kita jelah semua yang paling baik

-          Dan banyak lagi…

.

Bila seseorang tu desperate nakkan sesuatu, macam saya ni, nak kahwin, maka kita akan lebih mudah terpedaya nak cari duit haram ni..asalkan kita dapat duit dengan cepat, dan banyak. Jadi kita akan mudah terpedaya dengan janji-janji manis si bedebah yang buat skim pelik-pelik, dan yang menjanjikan tawaran bullshit.

.

Aku sebenarnya berharap jugak supaya ada scammer-scammer atau penipu-penipu sial baca blog aku ni. Meh nak bagi ayat quran sikit. Surah Al-Baqarah ayat 268. Allah kata, syaitan dok takutkan kita dengan kemiskinan dan dia suruh kita buat benda-benda keji. Padahal kurnia Allah tu tersangat lah luas. Rezeki semuanya Allah yang putuskan. Kenapa kita nak kena risau jadi miskin sampai sanggup buat benda jahat? Kenapa nak kena jadi baghal sampai sanggup tipu orang, sanggup bagi janji manis, sanggup buat skim-skim atau syarikat-syarikat yang konon-konon ikut syariat, padahal di belit-belitkan pelan pemasaran supaya orang ramai tertipu, dan tengok-tengok tak sah.

.

Buatlah ikut syara’, pendapatan halal, korang happy, customer pun happy.

—–

DUIT – Doa, Usaha & Ikhtiar, Tawakkal

Mana ada dalam dunia ni tak kerja boleh dapat duit. Mana ada dalam dunia ni kerja senang dapat duit. Kena la kerja dulu baru dapat hasil. Kena tanam biji baru pokok tumbuh. Kerja kita tu kuat ke tak kuat ke, yang penting kerja dulu, hasilnya terpulang la pada Allah. Allah dah kata dalam surah At-Taubah ayat 105, “Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu”. Kalau tengok dalam sirah pun, Allah suruh Nabi Musa a.s pukul tongkat dulu ke laut, pastu baru Dia belah laut tu (surah Asy-Syuara’, ayat 63) padahal Allah takde kuasa ke nak belah laut tanpa nabi Musa a.s ketuk laut tu dengan tongkat baginda? Tidak…Allah Maha Kuasa Menguasai seluruh langit, bumi serta seisinya. Tapi Allah nak ajar kita supaya berusaha dan selepas tu kita bertawakkal (Ali-Imran, ayat 159).

.

Take home message:

-          Berhati-hati membuat pelaburan, pastikan ia halal

-          Berusahalah untuk mencapai penyelesaian. Tiada jalan mudah

-          Siapa bertaqwa, Allah bagi jalan keluar, Allah berikan rezeki dari jalan tak disangka-sangka

-          Doa, usaha, tawakal = berjaya!

Salam hormat.

 

Pak, saya tak cukup duit, macamana mau menikah?

Filed under: Nikah kahwin — akunaknikah @ 22:01

Assalamualaikum

Aku terasa terpanggil untuk mengupas salah satu masalah yang mengekang sebahagian besar kita daripada meneruskan niat murni mendirikan masjid abadi.

—–

Masalah paling common

Money is not everything, but everything is difficult without money. Ni dengan kata lain no money no talk. Masalah duit ialah masalah utama yang menjadikan ramai orang stress. (Anti stress kit). Bukan dalam soal nikah kahwin saja, malah dalam segala aspek, bayar yuran ke, nak makan tengahari ke, nak beli baju sekolah anak ke, nak tukar handphone ke, nak repair kereta/motor ke…macam2. Pendek kata, semua aspek hidup sehari2 dari sekecil membeli gula2 sehingga ke sebuah kematian, kita perlukan duit. Hey, kalau takde duit nak mati pun kena fikir dua kali tau sekarang!

.

Dunia sekarang semakin demanding, dan kalau kita terus berada di takuk lama, alamatnya kita tak dapat memenuhi demand, dan kesan daripada itu kita merana dengan kesempitan wang. Sebab tu kita jadi pening kepala. Jadi untuk entri ni, jom kita analisis sikit secara umum tentang pergerakan dan aliran duit poket kita dan point2 mana yang kita boleh attack untuk kita dapat selamatkan ‘kebocoran’ duit kita terutama bagi mereka yang berniat suci macam saya. Ceh, suka hati je claim suci…

—–

Aliran duit

Saya selalu membayangkan pergerakan duit dalam dunia ni adalah seperti sebuah rangkaian paip air yang besar merangkumi seluruh dunia, dan air tu pulak adalah sebagai duitnya. Sebab apa? Sebab duit ni, sedar atau tak sedar, peduli atau tak peduli, sentiasa mengalir dari satu tempat ke satu tempat. Jadi samada kita concern atau tak untuk menyediakan kepala paip kita sendiri untuk mengumpul air tu banyak2 untuk kegunaan kita atau tak, keputusan di tangan kita.

.

Bila kita sebut tentang aliran, seudah tentu pergerakannya ada suatu arah. Bila sebut tentang arah, sedah pasti ia akan melibatkan penggunaan ‘dari’ dan ‘ke’. Maknanya, air/duit tadi, sudah pasti bergerak dari suatu tempat, ke tempat yang lain. Dengan kata lain, kita boleh panggil sebagai input, dan output. Kalau nk guna bahasa yang lebih tepat dengan duit, kita boleh panggil pendapatan / perolehan dan perbelanjaan.

.

Pendapatan boleh datang dari pelbagai sumber. Perbelanjaan juga boleh meningkat dengan terdapat banyaknya kebocoran paip di mana-mana bahagian saluran. Pengurusan sumber pendapatan dan sikap berjaga-jaga dan berhati-hati dalam membaiki kebocoran serta mengawal kepala paip daripada terbuka tanpa had boleh mendatangkan keuntungan yang tidak disangka-sangka.

.

Sesebuah paip yang tidak bocor, dan kepala paip yang tertutup kemas, sudah pasti air berkumpul dengan banyaknya dalam tangki simpanannya. Duit juga begitu. Perbelanjaan yang terkawal dan pendapatan yang berterusan, akan menyebabkan akaun simpanan anda hamper pecah dengan pengumpulan duit anda!

—–

Rahsia kekayaan terbongkar

Setelah kita mengenali unsur-unsur penting dalam sesebuah aliran wang, mengumpul kekayaan dengan cara halal bukan lagi suatu yang mustahil. Dengan menangani unsur-unsur dan poin-poin penting ini, kita dapat meningkatkan pendapatan masuk poket kita. Akan tetapi, apa yang saya katakan di atas adalah terlalu umum, dan masih belum dapat menyelesaikan masalah kita. Jadi inshaAllah pada entri-entri akan datang, saya akan luangkan masa untuk mengupas tentang aspek-aspek dalam pendapatan dan perbelanjaan untuk kita tackle supaya bukan masalah duit lagi yang mengawal hidup kita, tapi kita yang mengawalnya. Antara aspek-aspek tersebut ialah:

.

Sumber pendapatan:

-          Kerja

-          Berniaga

-          Duit poket

-          Simpanan

-          Pelaburan

-          Harta pusaka

-          Untung tak disangka-sangka

.

Perbelanjaan

.

-          Keperluan

  • Harian (makanan, minyak)
  • Berjadual (sewa rumah, bil)

-          Kehendak

  • Baju untuk melawa
  • Melancong
  • Handphone mahal
  • Keperluan sosial (belanja kawan, sambut hari lahir)

.

InsyaAllah kalau diberi kesempatan, akan kita bincag-bincangkan akan datang. Doakan saya dapat mencapai cita-cita saya nak bernikah.

Salam hormat.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.