Aku Nak Bernikah

Aku nak bernikah, kau pun nak bernikah, semua orang nak bernikah, tapi terlalu banyak isu yang senang dimanipulasi orang dalam munakahat.

Hadiah kenduri kahwin 27/12/2010

Filed under: Nikah kahwin,Tips dan petua — akunaknikah @ 18:51

Salam sejahtera

.

Di musim2 cuti sekolah ni, banyak betul kenduri kahwin untuk dihadiri. Setiap kali menghadiri jemputan, para kawan2 baik si pengantin sudah tentu akan sedikit sebanyak pening kepala akan hadiah yang nak diberikan. Ciri2 hadiah yang dikehendaki biasanya ialah:

  • Berbaloi dengan kos
  • Bermakna
  • Berguna
  • Unik (tak sama dengan orang2 lain)
  • Mengingatkan penerima akan si pemberi

.

Ini menyebabkan si sahabat pening kepala setiap kali menerima berita gembira akan perkahwinan sang sahabat. Dia tidak mahu serupa orang2 lain yang dengan mudah bagi satu set jag dan gelas sahaja. Jadi saya mahu berkongsi beberapa idea berkaitan pilihan hadiah yang boleh kita sampaikan kepada kawan kita.

.

Barangan Dapur

.

Ini adalah pilihan pertama yang biasanya akan muncul di benak fikiran kita. Ini kerana, barangan ini adalah paling ideal untuk digunakan si mempelai yang baru memulakan kehidupan baru dengan pasangan kekasih hati. Ia memang berfaedah, berguna, dan sangat bermakna. Antara pilihan yang ada ialah:

  • Set jag dan gelas
  • Set teko dan cawan
  • Set senduk2 berjenama
  • Set periuk sederhana berjenama
  • Set pinggan
  • Bekas rempah ratus
  • Bekas gula, garam, pepper
  • Set holder seperti mug holder, spoon and fork holder

.

Barangan dapur turut terdiri daripada rangkaian beberapa barangan elektrik seperti:

  • Flask elektrik (pemanas air)
  • Pembakar roti
  • Dapur elektrik saiz kecil (untuk satu kuali/periuk pada satu2 masa)
  • Periuk nasi saiz sederhana
  • Sandwich maker
  • Mixer (untuk buat kek)
  • Cerek elektrik
  • Mesin pengisar (blender)
  • Set tupperware

.

Mungkin ada beberapa lagi yang boleh dimasukkan dalam senarai, kalau anda ada idea, dialu2kan bubuh je dalam komen kat bawah.

.

Kelengkapan Rumah

.

Menghadiahkan barangan kelengkapan rumah juga merupakan suatu idea yang bernas. Si pasangan tentu gembira dengan hadiah2 bermakna pemberian anda menghiasi rumah baru mereka. Antaranya:

  • Jam dinding berjenama
  • Jam loceng berjenama
  • Jam radio elektrik
  • Vakum tilam (kecil dan mudah dibawa)
  • Cermin
  • Kipas meja
  • Penyembur penyegar udara elektronik
  • Cadar (pastikan saiz double/queen)
  • Digital photo frame
  • Bingkai gambar
  • Album gambar
  • Rak dvd
  • Seterika
  • Mangkuk potpourri
  • Towel hose kayu berkualiti
  • CD lagu2 romantis/love song – lebih bermakna jika anda buat koleksi lagu2 tersebut sendiri
  • Sejadah
  • Sandal bilik tidur 2 pasang
  • Bath suit 2 pasang
  • Memory card
  • USB flash drive
  • Lilin romantik – bersaiz besar dan mungkin beraroma menarik

.

…dan macam2 lagi. Bolehlah anda tambah2 lagi dalam komen ye.

.

Barangan Peribadi

.

Ini juga amat bermakna buat si pasangan dan mungkin boleh juga menghangatkan lagi hubungan antara mereka berdua.

.

Buat sang raja:

  • Pencukur elektrik
  • Buku kamasutra
  • Buku tips2 percintaan dan perkahwinan dalam Islam
  • Alquran
  • Jam tangan untuk couple
  • Perfume
  • Bag
  • Tali leher
  • Aksesori lelaki – beg duit, tali pinggang, tie pin, cuff link
  • Sex toys – untuk digunakan suami kepada isteri
  • Barangan2 peribadi – anda tentu lebih mengenali minat rakan anda bukan?

.

Untuk permaisuri:

  • Beberapa barangan yang sudah disebut di atas
  • Sexy lingerie
  • Pengering rambut
  • Novel
  • Barang kemas
  • Bunga segar
  • Bekas simpanan barang kemas
  • Brooch
  • Barang2 peribadi kegemarannya yang lain – anda tentu mengenalinya bukan?

.

Seperti biasa, jika anda ada idea lain, sangat dialu2kan tulis di dalam ruang komen.

.

Lain-lain

.

Ini adalah senarai barang yang saya taktau nak ketegorikan sebagai apa:

  • Gift card – pasangan pasti gembira jika anda ‘membayar’ perbelanjaan mereka awal2 di shopping mall kegemaran mereka.
  • Vaucer/kupon percutian
  • Vaucer/kupon diskaun
  • Kad prabayar

.

Itulah sedikit sebanyak idea yang saya boleh kongsikan. Semoga berguna!

.

Salam hormat.

 

11 Cara berhenti melancap 26/12/2010

Filed under: Kesihatan,Tips dan petua — akunaknikah @ 19:33

Salam sejahtera

.

Dalam sebuah entri yang lepas, saya dah bincangkan general idea tentang melancap, atau onani. Kita semua faham yang ia telah menjadi suatu tabiat yang menjadi public secret dalam masyarakat kita, baik di kalangan lelaki, dan tidak terlepas juga di kalangan perempuan.

.

Saya juga percaya, walaupun ia menjadi suatu tabiat yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, masih ramai di kalangan kita yang berusaha dengan bermacam cara untuk berhenti daripada tabiat ini. Bukanlah suatu yang mudah untuk berhenti daripada suatu nikmat yang sangat hebat. Tetapi ia tidak mustahil. Mari kita lihat apakah cara2 yang boleh dipraktikkan untuk berhenti melancap (atau onani)…kalau tak dapat berhenti pun, sekurang2nya dapat mengurangkannya:

.

1) Sibukkan diri

Sibukkan diri dengan bermacam-macam aktiviti dalam dan luar rumah. Kalau dalam bilik mandi, tiba2 terasa horny je, ambik penyapu tandas, basuh tandas. Mandi cepat2, lepas tu keluar. Tak pun bawak buku komik, baca sambil berak.  Tak pun cari baju tak bergosok, pergi gosok. Tak pun pergi dapur basuh pinggan. Basuh kereta, cuci motor. Kemas rumah, vakum lantai, cuci porch, sapu sawang. Pendek kata…buatlah apa pun, asal kan sibuk.

.

2) Bersenam

Maksud saya tak perlu bersenam yang berat2, asal ada pergerakan aktif sikit2 pn memadai. Sebab bila kita buat macam tu, fokus kita akan lari daripada bernafsu kepada….kurang bernafsu. Lagipun secara saintifik, bila kita sedang bernafsu, jantung kita memang sedang mengepam laju untuk membekal darah kepada kemaluan kita. Jadi bila kita bersenam sikit, darah yang dipam hanya kepada kemaluan akan lebih tersebar ke seluruh tubuh, jadi penegangan atau ereksi kemaluan kita akan berkurang. Kalau anda sedang berada dalam tandas, sambil berdiri cuba rendahkan pinggang dengan bengkokkan lutut sikit (macam kuda2 dalam tai chi). Cara ni akan menyebabkan anda menegangkan otot peha untuk maintain berdiri separuh, jadi darah akan beralih ke otot peha.

.

3) Jangan bersendiri

Kurangkan masa anda berseorangan, kerana bila berseorangan otak akan mula berfikir macam2, dan akan mendorong anda buat macam2. Pastikan anda sentiasa ditemani roommate. Kalau ada pilihan, kongsi bilik dengan adik beradik.

.

4) Tonjolkan aktiviti anda kepada orang lain

Apa yang saya maksudkan ialah aktiviti berkomputer. Ini kerana banyak bahan2 rangsangan datang dari komputer…gambar, video, bahan bacaan…semuanya boleh didapati secara percuma dan mudah sahaja. Jadi pastikan anda meletakkan komputer anda di tempat yang mudah dilihat orang lain. Jika dulu anda duduk membelakangi dinding bila berkomputer, sekarang pusing 180 darjah. Jika dulu anda sering guna komputer dalam bilik, sekarang gunakannya di ruang tamu.

.

5) Guna taktik ‘lengah’

Setiap kali anda terasa mahukan kenikmatan dari tapak tangan anda, pujuk diri untuk tangguhkan aktiviti itu. Mula dengan tempoh penangguhan yang pendek dulu, contohnya 30 minit, sejam. Apabila sudah biasa dengan ini, panjangkan tempoh penangguhan, contohnya tangguhkan untuk sehari atau dua hari pula. Kemudian, panjangkan lagi kepada seminggu. Di saat ini, sudah pasti mudah untuk anda terus lupakan saja niat ‘bersetubuh dengan tangan anda’.

.

6) Conditioning

Di masa lapang, gunakan teknik yang psychologist guna untuk merawat masalah mental atau fikiran. Saya taktau apa nama dia, tapi saya panggil subject association. Yang saya tau, teknik ni biasanya digunakan untuk merawat penyakit fobia. Caranya ialah, dengan memikirkan sesuatu yang anda paling benci dalam dunia, dan apabila fikiran itu lekat di kepala, cepat2 tukar fikiran anda kepada fikiran anda sedang melancap atau onani. Maksud saya bukan sekadar fikir yang biasa2, tapi fikirkan dengan sedetail2nya. Bayangkan, secara visual, bunyi, bau…gunakan segala pancaindera anda bila memikirkan perkara baik dan buruk tersebut, dan gabungkan kedua2 subjek tersebut dalam satu fikiran. Perkara ini sama dengan teori operant conditioning dan classical conditioning. Sekiranya berhasil, anda akan benci melancap dan onani secara automatik. Ia memang susah, tetapi dengan latihan sudah pasti tiada yang mustahil.

.

8) Ihsan – melihat tuhan atau dilihat tuhan

Latih diri dengan sifat ihsan. Bayangkan apa yang kita buat, kita seolah2 sedang melihat Allah. Dan jika tak dapat, yakini bahawa Allah sedang melihat kita. Ini adalah teori. Ada lagi satu cara yang lebih mudah. Cuba bayangkan ada mata orang lain sedang skodeng anda di celah2 lubang apa2 yang ada dalam toilet atau bilik tempat anda melancap atau onani. Siapa yang normal pasti malu sedang melayan nafsu di tangan sendiri sedang beratus2 mata sedang melihat kiri kanan atas bawah kan? Jika anda sememangnya mempunyai tabiat suka amalan seks anda diperhatikan, boleh lupakan kaedah ini.

.

9) Dosa tempatnya api neraka

Dapatkan sebijik (taktau penjodoh bilangan dia) pemetik api. Ingatlah dosa itu tempatnya api neraka. Jika anda terasa kepingin melancap dan onani, ambil pemetik api tersebut dan panaskan jari kelingking. Pasti anda cepat2 mematahkan niat tersebut.

.

10) Kahwin

Kahwinlah kalau mampu! Tetapi…ini bukanlah jaminan bahawa seseorang akan berhenti melancap, kerana ada juga pasangan yang sudah berkahwin, tetapi tidak puas dengan kehidupan seks mereka, jadi mereka melancap. Jadi, bukan sekadar kahwin…tapi kahwinlah dengan betul dan mengikut sunnah!

.

11) Doa

Last but not least, saya sengaja letakkan point ini terakhir sekali. Bukan kerana ia paling tidak penting (bahkan ia adalah kaedah pertama anda patut lakukan), tetapi saya khuatir pembaca akan menganggap artikel ini sebagai suatu yang cliché dan menghidangkan tips2 dan petua yang cliché. Tentu sekali doa dan kebergantungan kepada Allah adalah kaedah pertama sekali bagi kita seorang Muslim dalam melakukan apa jua perkara dalam kehidupan kita. Ingatlah, berdoa kepada Allah menandakan kehambaan dan kekerdilan kita, dan Allah sukakan hambanya yang berlagak seperti seorang hamba.

.

.

Saya harap 11 tips ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mencapai niat murni untuk berhenti atau sekurang2nya kurangkan aktiviti melancap dan onani.

.

Terima kasih.

 

Melancap & Onani 06/12/2010

Filed under: Kesihatan,Tips dan petua — akunaknikah @ 01:05

Assalamu’alaikum, salam sejahtera

.

Lama jugak tak update blog ni. Tapi takpe, tak wajib pun baca blog ni macam baca quran. Tengok tajuk entri ni macam lucah sikit. Memang nak utarakan benda yang nampak lucah, jika anda fikirkannya sebagai lucah. Sebenarnya ini adalah hakikat dan kebenaran, dan harus dipandang secara ilmiah dan bermanfaat.

.

Sudah tentu anda semua tahu apa maksud tajuk ni kan? Melancap, onani, masturbate, kahwin dengan tangan, ngocok (bahasa Kelantan yang didengari daripada kawan2), istimta’ bil yad dan macam-macam lagi istilah atau panggilan orang. Apa pun nama yang diberi, yang dimaksudkan saya di sini ialah perbuatan menaikkan syahwat diri sendiri sehingga mencapai klimaks dan orgasm.

.

.

Kenapa orang melancap?

.

Jawapannya mudah, sebab nafsu sedang memuncak, dan si pembuat tak mampu nak menahannya. Kalau anda nak cakap dia tak cukup iman dan sebagainya, itu hak anda, tapi saya taknak jadi judgemental. Ramai orang (saya percaya) yang tak mahu pun melancap, tapi tak mampu menahannya. Bila tak mampu nak tahan, Allah dah sediakan tempat bagi zakar itu untuk dilegakan, iaitu di dalam faraj. Faraj pula, bukan semua faraj boleh dicerobohi sesuka hati, perlu ada perjanjian untuk menjaga tuan punya faraj dan bersedia menerima tanggungjawab yang di’pakej’kan dengan segala kenikmatan faraj itu. Ini lah ijab kabul.

.

Faktor-faktor luaran juga memainkan peranan penting. Saya ada sebutkan dalam entri lain, keadaan sekeliling, bayangkan setiap hari anda melihat peha gebu teman sekelas/sekerja cina anda yang montok, putih mulus, dengan kulit yang licin bersih. Usahkan melihat, menyebutnya saja pun dah cukup untuk anda telan air liur. Bagaimana pula dengan tajuk-tajuk tabloid murahan yang memang mirip tabloid lucah dan porno? Bagaimana pula dengan capaian mudah gambar, video, dan cerita lucah dan porno di internet? Cerita-cerita yang menayangkan gambar artis berbaju ketat, jarang, nipis yang menampakkan daripada rambut, kecantikan wajah, kemontokan dada yang kadang-kadang putingnya tidak tersembunyi, kelangsingan pinggang yang juga kadang-kadang pusatnya tidak tertutup, kemontokan pinggul yang membulat dan solid, dengan bahagian pubis atau berhampiran faraj yang seolah-olah anda melukis segi tiga menajam ke bawah, yang juga kadang-kadang bila berbikini atau hanya berseluar dalam, termasuk dan tersepit di celahan nikmat itu, juga dengan peha yang gebu baik tertutup dengan kain ketat atau terus terdedah…bagaimana pula dengan semua itu? Juga ramai antara kita yang sudah berpasangan, berkekasih, berteman wanita, bergirlfriend, yang saban hari menuntut untuk dibelai dan membelai, menuntut kata-kata manja dan dipenuhi isi-isi cinta, yang juga membawa kepada phone sex, tidakkah anda rasa itu menymbang?

.

Tapi bagaimana pula sekiranya diterukkan lagi apabila terdapat unsur-unsur yang menyusahkan, menyekat, menghalang, melambatkan, menggagalkan, menyulitkan, memburukkan dan apa-apa sahaja yang mengandungi unsur-unsur negatif? Sudah tentu zakar kepada tuan punya zakar itu tidak memahami hal yang terjadi. Ia tetap meminta untuk dipuaskan, di’lega’kan, debebaskan dari hambatan dan keperluan syahwatnya. bagi tuan punya zakar, ada 3 pilihan:

.

  1. Menahannya dan bersabar.
  2. Mencari faraj yang mana-mana terjumpa pun tak kesah
  3. Mencari faraj yang halal

.

Agak-agak cara mana yang terbaik? Mesti ramai orang jawab yang pertama kan? Yang kedua sudah tentulah haram…tapi pernahkah terfikir kenapa Allah mensyariatkan pernikahan? Pernikahan juga suatu sunnah kan? Jadi saya pasti…sekurang-kurangnya bagi saya pilihan terbaik ialah yang ketiga. Adapun bagi yang tak mampu beristeri, sudah tentu pilihan terbaik adalah yang pertama.

.

Agak-agak berapa ramai orang yang benar-benar beriman yang mampu mencapai tahap kesabaran untuk menahan syahwat yang sedang meninggi? SUSAH. Ia tidak mustahil, tetapi SUSAH. Kerana itu Nabi berpesan supaya berpuasalah bagi yang tidak mampu. Nah, sekarang timbul persoalan kedua, sejauh mana dengan cara berpuasa itu dapat membantu? Bukan mempertikaikan penyelesaian yang Nabi berikan, tetapi mempersoalkan pemahaman diri kita sendiri, adakah kita benar-benar faham intipati dan rahsia di sebalik puasa itu sendiri dalam erti kata dapat membantu mengawal nafsu kita? Anda tak setuju dengan saya? Simple survey…berapa ramai orang, bila disebut tentang puasa, perkara pertama di fikiran ialah tarbiyah dan peningkatan ketaqwaan, dan bukannya perkara pertama singgah di kepala ialah lapar dan tak makan? Orang putih kata…You do the math!

.

Anda nampak situasi? Mari saya permudahkan…

Nafsu makin naik. Tengok perempuan hari-hari, geram la pulak. Bil air, tak pernah bayar. Air dah lama bertakung. Nak jolok pompuan pelacur, pompuan murahan…haram la pulak. Aku nak buat macamana lagi???

.

Sebenarnya ada lagi satu pilihan yang tersembunyi,  MELANCAP!

100 Plus menawarkan RM 50,000

.

 

Siapa terlibat?

.

Biasanya lelaki adalah kaum yang akan dikaitkan dengan melancap. Benar. Lelaki yang normal, mempunyai nafsu, akan dapat merasai kenikmatan melancap. Tetapi, kaum hawa tidak terkecuali. Bezanya, kadang-kadang lelaki ni berbangga dengan perlakuan ini. Bagi saya, ini tidak patut. Nak melancap sangat, pergi la melancap sorang-sorang. Tak payah la bangga-bangga pulak. OK tu bukan point saya. Tapi saya nak kata, perempuan juga melancap. Kenapa ini berlaku? Alaaa…perempuan kan manusia jugak…ada nafsu kan??!!

.

Kalau baca dari awal entri, cara deskripsi saya mungki lebih memihak atau tertuju hanya kepada lelaki. Tetapi hakikatnya juga boleh dikaitkan dengan perempuan. Saya percaya anda tidak bodoh untuk memikirkan perkara simple seperti ini.

.

.

Sihat atau tidak? Bagus atau tidak?

.

Itu adalah dua persoalan berbeza walaupun nampak serupa. Sihat atau tidak, melancap ditemui berkait rapat dengan penurunan kadar kanser prostat. Secara saintifik dan psikologi, melancap diterima sebagai suatu tabiat sihat, dan juga menyihatkan badan untuk jangka masa panjang. Juga didapati menambahkan kepejalan otot zakar yang sudah tentu menjadi idaman para lelaki. Bagi wanita, saya tidak tahu kebaikan dari sudut kesihatan. Secara psikologi, onani membantu mengawal stres. Mana tidaknya, sedang nafsu menggelupur dahagakan seks, mestila stres. Sebaik selepas orgasm, lega kan?

.

Bagus atau tidak ini, hanya tuhan yang tahu. Dan Allah memerintah kita supaya memelihara kemaluan daripada selain isteri dan hamba sahaya.

وَ الَّذينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حافِظُونَ َ

(5) Dan orang-orang yang selalu menjaga faraj (kelamin) mereka.


إِلاَّ عَلى‏ أَزْواجِهِمْ أَوْ ما مَلَكَتْ أَيْمانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومينَ َ

(6) Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, maka tidaklah mereka tercela.


فَمَنِ ابْتَغى‏ وَراءَ ذلِكَ فَأُولئِكَ هُمُ العادُونَ َ

(7) Tetapi barangsiapa yang masih memilih jalan di luar itu, itulah orang-orang yang telah melang­gar garis.

.

Jelas perintah Allah supaya menjaga kelamin kita, atau zakar dan faraj kita. Walaupun telah dibuktikan melalui ujian klinikal bahawa menggunakan kondom dapat mengurangkan kadar penyakitt berjangkit secara seksual, tetapi Allah mengetahui yang lebih baik dan lebih jauh dari itu. Kerana itu, perintah menjaga zakar dan faraj, ada rahsia besar yang kita mungkin tidak ketahui. Allah tidaklah menyebut peliharalah kemaluan daripada bersentuh dengan kemaluan lain, tetapi hanya menyebut peliharalah kemaluan. Jadi secara jelasnya, memelihara kemaluan kecuali bagi yang disebut itu, itulah yang sewajibnya kerana itu yang sebagusnya bagi kita.

.

Sepertimana Allah menyatakan pengharaman arak, Al-Quran sendiri mengakui terdapat kebaikan di dalam arak. Ini harus kita akui dan imani. Tetapi Allah menyatakan, lebih banyak keburukan berbanding kebaikan dalam kandungan arak, kerana itu mengharamkannya adalah yang lebih baik. Anda faham kaitan arak dan melancap? Anda semua bijak, tentu perkara ini terlalu simple untuk difahami.

.

Saya boleh bentangkan ayat Quran, kerana sumbernya anda semua ketahui. Hadis? Saya tak berani, kerana saya tak tahu sumber. Untuk dalil yang lebih jelas, eloklah kalau dirujuk ahli-ahli hadis yang layak.

.

.

Bukan ke ada jugak pendapat yang haruskan onani?

.

Ada, saya tak nafi. Diharuskan sekiranya dikhuatiri berzina. Tetapi soal ini, saya difahamkan bahawa dikhuatiri zina itu, bukanlah hanya sekadar angan-angan kosong. Tetapi yang dimaksudkan apabila dikhuatiri zina itu, seolah-olah situasinya begini:

.

Anda berada di tempat yang culturenya menerima zina atau seks luar nikah dengan selamba, contohnya di luar negara, di negara-negara barat. Anda juga tidak berada di bawah kawalan atau pemerhatian sesiapa seperti ibu bapa, kawan-kawan, teman serumah. Anda juga orang berduit. Anda juga mampu mendapat ‘pekerja seks’ semudah ABC. Dan unsur yang paling penting, zakar anda memang sudah keras tak tertahan-tahan lagi.

.

Dalam keadaan tersebut, na’uzubillahi min zaalik, saya rasa saya sendiri pun bawak balik betina ke rumah, tak pun naik hotel. Jadi untuk melegakan faktor utama yang disebut dalam situasi di atas, melancaplah. Sekurangnya anda hanya buat sorang-sorang tanpa melibatkan pihak kedua.

.

Bagaimanapun saya tak berani komen panjang tentang pengharusan ini. Saya bukan ahli hukum. Sila rujuk pada yang pakar.

.

.

Fenomena

.

Saya bukan cuba menetapkan hukum dan sebagainya kerana saya bukan ahlinya. Tetapi apa yang saya mahu kongsikan, melancap ini sudah menjadi suatu fenomena yang taboo di mana-mana masyarakat. Ia dipanggil public secret. Adapun bagi masyarakat barat, ia dipandang sebagai suatu yang perlu disarankan kepada masyarakat. Lihat saja isu yang dipaparkan dalam ‘pakar rujuk’ nombor satu internet, WIKIPEDIA tentang marathon melancap yang dikempen mereka-mereka di sana.

.

Di Malaysia, mungkin di depan orang, anda bercakap tentangnya seolah-olah ia sangat terkutu, tetapi bila berseorangan, hanya Allah yang tahu peratus sebenar lelaki dan perempuan yang mengamalkan onani. Bezanya, sama ada anda berbangga dengan perlakuan tersebut dan merakamnya untuk disebarkan kepada umum, dan juga menjadi topik bualan dengan kawan-kawan anda, atau anda hanya menikmatinya ketika berseorangan dan setiap hari menyesali perbuatan itu, namun masih gagal berhenti.

.

Seperti saya kata tadi, ia mungkin sihat, tetapi agama mengatakan bahawa ia tidak bagus. Pilihan di tangan anda.

.

Saya sangat teringin berkongsi tips bagaimana berhenti daripada melancap sekiranya anda ketagihan. Tetapi mungin dalam entri yang lain insyaAllah. Atau mungkin saya akan edit entri ini sahaja bagi memudahkan cara.

.

Terima kasih. Assalamu’alaikum, salam sejahtera.

 

Rahsia besar dalam mencari jodoh 07/07/2010

Filed under: Tips dan petua — akunaknikah @ 23:40

Salam Bahagia

.

Asik membebel tak tentu arah je selama ni, sekarang terasa nak kongsi tips2 pulak. Tips pertama yang saya nak share, ialah tips cari jodoh.

.

Tengok betul2 tau, bukan tips pilih jodoh, tapi cari jodoh. Dua2 istilah tu sangat berbeza bagi saya. Pilih ni, benda dah ada depan mata kita, tapi untuk cari, kita kena ke tempat2 yang sepatutnya baru kita jumpa. Saja je nak mengkomplikatedkan keadaan. Hehehehe…

.

100 Plus nak bagi RM 50,000

So apa rahsianya untuk kita bertemu jodoh2 yang sesuai ni? Kenapa penting sangat? Apa bukan ke merata2 tempat pun boleh jumpa jodoh ke?

=====

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat

.

Sekurang2nya bagi saya, kalau anda menganggap begitu, anda silap. Memang di mana2 saja kita mungkin bertemu jodoh, tapi kalau kita fikir lebih dalam, apa yang kita buat, tidak menggambarkan jodoh yang kita inginkan.

.

Macam kat heading tu, Allah pun firman dalam surah An-Nur ayat 26:

“Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.”

.

Jadi kalau difahamkan maksud di atas, bukan maksudnya pasangan yang baik tu akan datang dan membaikkan kita. Tak banyak kes yang macam tu. Tapi, bila kita baik, maka pasangan kita adalah orang yang baik. Orang yang baik tu adalah untuk kita dek kerana kebaikan kita.

.

Manusia ni, walau sejahat mana pun hati, walau semalas mana pun diri nak bertaabud, nak beramal, tapi bila tanya “Siapakah calon suami/isteri kamu?”, sudah pasti mereka akan menjawab “Saya inginkan yang soleh/solehah, yang dapat membimbing saya ke jalan yang betul, yang dapat membetulkan silap saya, yang dapat mengajar saya…” dan jawapan2 yang sewaktu dengannya. Jawapan macam ni sangatlah common di kalangan artis2.

.

Tapi pada masa yang sama, kaki masih lagi menjejak ke pusat2 hiburan, ke kelab2 malam, ke tempat2 hiburan yang membuang masa, ke tempat2 maksiat, dosa dan sebagainya. Jadi di manakah kebaikan kita untuk memenuhi syarat menjadi orang yang baik maka pasangan yang baik akan menjadi milik kita? Itulah rahsia besar untuk kita mencari jodoh!

=====

Tips

Anda faham maksud saya? Kalau faham, ucaplah alhamdulillah. Kalau tak faham, saya simpulkan bahawa, penentu kebaikan atau kejahatan pada pasangan kita sebenarnya bermula pada diri kita sendiri. Alangkah cantiknya sistem ini dibentuk oleh Islam, supaya kita semua akan senantiasa berusaha ke arah memperbaik diri sendiri. Jadi bagaimanakah untuk kita bermula ke arah ‘mencari jodoh’ yang baik? Berikut adalah tips-tips berguna:

.

1) Bina hubungan dengan Allah

Mungkin di kalangan kita, ada yang mula rasa ak berubah sikit demi sikit, tapi bila mula rajin pergi surau, takut kena cop dengan member. Sebab tu, hubungan pertama yang perlu dibina ialah dengan pencipta. Sebab kalau seluruh dunia reject kita sekali pun, tapi insyaAllah Allah tak pernah reject hamba dia. Rajin2kanlah berdoa tak kira masa. Rajin2kan menaruh harapan kepada Allah.

- Doa setiap masa, susah dan senang

- Ingat dosa setiap masa

- Solat malam

- Solat jemaah di masjid

- Puasa

- Ingat Allah pabila melihat alam

.

2) Dahagakan ilmu

Bila kita berilmu, insyaAllah lebih mudah untuk kita berubah ke arah yang lagi baik. Lagipun, dekat institusi2 pengajianlah lokasi yang famous untuk berjumpa jodoh anda!

- Belajar ilmu secara mendalam, bukan sentuh2 saja

- Belajar dengan guru

- Jaga adab menuntut ilmu

- Ikhlas belajar kerana mahukan ilmu

.

3) Betulkan niat

Niat memainkan peranan penting. Ia menjadi titik akhir atau matlamat tujuan kita. Jadi, suatu niat, akan mencorakkan gaya pekerjaan yang kita lakukan.

- Niatkan segalanya untuk mendapat redhaNya

- Jangan takut niatkan syurga, kerana itu memang kurniaan Allah

- Niat mahu berubah, bukan mahu perempuan semata2

.

4) Pelihara akhlak

Kadang2 kita rasa kita dah baik, tapi sebenarnya akhlak kita tak cukup melambangkan seorang muslim.

- Bataskan pergaulan lelaki dan perempuan

- Pahatkan senyuman sepanjang masa

- Terap kesabaran sentiasa

- Kawal kemarahan

- Tutur kata yang manis dan positif

- Jujur hendaklah menjadi amalan

.

5) Konsisten

Amalan yang baik ialah berterusan walaupun sedikit. Bab ini, memang lagi senang untuk disebut berbanding untuk diamal. Jadi petua untuk sentiasa konsisten dalam amalan ke arah perubahan ialah memilih kawan2 yang baik, soleh dan musleh, dan juga mewujudkan suasana yang menggalakkan kita ke arah perubahan. Jadi insyaAllah kita akan sentiasa diperhatikan dan didorong galakan dari luar daripada diri kita.

.

Harap tips2 ini bermanfaat.

.

Salam hormat

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.